0
Pada sunyi
kau tambatkan sepi.
Pada kelam
kau satukan malam.

Angin terus menggigit dagingmu
meminum darah dan merebus tulangmu.
Sedangkan usia telah bertalu di jantungmu.
Kau menggumam air mata.

Kau patahkan rindu seminggu yang lalu:
kau meremukkan dirimu sendiri.

Cicit kelelawar, salak anjing
kau ramu menjadi puisi.
Pada bait-baitnya
kau susun tulang rusukmu menjadi anak tangga,
"Aku mahu ke bulan," ujarmu.

Padang, 17122015

Post a Comment

 
Top